>

Sunday, 20 May 2012

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Assalamualaikum...

Salam hujung minggu..salam esok koje..hehehe..

Menu utama saya sekeluarga hari ini ialah Ayam Masak Lemak Cili Padi. Ni memang favourite saya lah. Mula terpikat dgn makanan nih sejak dapat housemate dgn org negori masa dok kat Sabah dulu. Dia jugak lah yg mengajar saya masak lauk nih. Sekarang semua dah ada famili masing-masing..jauh lak tu. Rindu sgt saat tu. Masak sama-sama..masing-masing ada tugas masing-masing kat dapur. Kalau buat masak lemak nih, mesti ada sambal belacan..time tu mkn memang sedap memanjang. Masak sendiri tu...kami tak mkn luar sgt sbb kos lagi mahal berbanding masak kat rumah.

masak lemak cili padi

Resepinya :

4-5 ulas bawang merah
Santan
4-5 cili padi (ikut kepedasan)
Sedikit kunyit hidup sebagai warna (kunyit hidup ada aura tersendiri dlm masak lemak cili padi berbanding serbuk kunyit)
Serai diketuk
Garam dan perasa
Tomato
Asam keping
Ayam

  • Kisar bawang merah, cili padi dan kunyit hidup. Kemudian masak dalam periuk tanpa minyak bersama sedikit air.
  • Masuk juga serai yang dititik dan ayam. Masak hingga ayam kecut atau sudah masak.
  • Kemudian masuk pula santan, tomato dan asam keping.
  • Masuk garam serta perasa.
  • Kacau tanpa henti supaya tidak pecah minyak. 
Siap...rasanya saya tak tertinggal apa-apa kot..hehehe..

ayam masak lemak cili padi




Thursday, 17 May 2012

CERITA KELMARIN DULU...

Penatnya..hari ni hari penat saya kat sekolah. Dari pagi saya dah kena jaga exam dari 7.30am sampai la kawan saya ambil giliran pula pukul 9.00am. Okey lagi..tapi sebab saya ni jenis 'perut turun bendang', makna kata saya kalau nak start keje kena pekena nasi goreng paling kurang pun baru semangat 5S datang..hahaha. Sebab pukul 9.00 baru nak cari makan, lemau-lemau lah sikit saya pagi nih. Pastu kena lak duty bilik exam pukul 11.00..mau pukul 1.30 gitu saya leh makan. Lemau lah kan..baru nak siap2 balik, dengar interkom ada contact time lak pukul 2pm. Tak per, saya parking baik punya duduk depan sekali tepi pintu berangan nak jadi orang pertama kuar bilik gerakan tu. Alih-alih member datang ingatkan saya yang saya terlibat meeting lepas nih! Macam mana saya boleh lupa entah. Nasib baik..kalau tak jenuh menjawab. Penat weh jadik cikgu nih..apasal ntah saya tak jadik lawyer ke..doktor ke..*sila muntah*

Minggu lepas saya dan suami sambut birthday anak-anak. Sambut sekali harung gitu..hahaha punya kedekut mak bapak budak2 nih. Semua celebrate dari anak lahir bulan Jan, Mac, April terus ke Nov. Jadik, tak ada istilah pilih kasih. Kek pun En. Wan beli kat kedai. Saya kat rumah bersilat lepat masak nasi ayam dan puding nak jamu makan lunch. Tak sempat nak snap gambar nasi ayam dan puding marble saya. Lain kali lah menyusul dengan resepinya.


Lilin 5...untuk 4 orang..adakah En. Wan sengaja bagi signal suruh tambah sorang lagik??-pitam-

Apapun saya dan suami doakan anak-anak ini menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dan pandai-pandai belaka. Semoga hubungan adik beradik ini kekal berbaik, saling membantu serta hormat menghormati begini sepanjang hayat.



 
 Hari tu balik taska, Fatihah kasi kad ni sempena Hari Ibu..walaupun confirm dia mungkin tukang lekat-lekat dan gunting aje, selebihnya cikgu taska buatkan..tapi saya sangat bangga dan rasa nak tunjuk pada semua org kad anak saya bagi ni. Walaupun masa bagi tu Fatihah cakap..."Ummi, ni I'ah punya tau, simpan balik". *ceh,kasi pinjam je rupanya*



(^_^)


 

Ehem-ehem..meja kopitiam saya dah sampai kat dapur..pasni boleh lah feeling2 breakfast kat Old Town ye..


daa..
tgk?? buat entry pun sekali harung..punya lah penat..

Wednesday, 16 May 2012

SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU pada semua rakan-rakan seperjuangan. Berkhidmatlah dengan rela walau kadang-kadang hati penuh duka. Semoga khidmat yang diberi mendapat keberkatanNYA. Buat semua guru-guru serta pensyarah saya dulu..sejak tadika sehingga zaman universiti..jasamu guru tidak ku lupa.

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

- lagu dari Pelangi-

 

Hadiah paling bermakna yang saya terima pada hari ini, sejambak bunga dari En. Wan yang dihantar secara suprise ke sekolah saya. Tq sayang..

(^-^)




Wednesday, 9 May 2012

JANGAN DIBUANG ANAK ITU...

Assalamualaikum...
Bersawang...lama tak taip entry hehehe. Tadi masa breakfast, minum2 nescafe sambil baca suratkhabar online saya tersentap bila terbaca ini. Meh sini saya copypaste kan, (sumber : myMetro)

Bayi dibuang diseret anjing

 

IPOH: Seorang bayi lelaki yang dicampak berhampiran kawasan perumahan Anjung Bercham Indah, di sini, terselamat daripada menjadi ‘hidangan’ sekumpulan anjing liar yang menggigit dan menyeretnya, tengah malam semalam.
Dalam kejadian jam 12 pagi itu, mangsa yang baru dilahirkan kurang seminggu terselamat apabila tangisannya didengari penduduk kawasan perumahan itu yang segera menyelamatkannya.

Ketika ditemui, bayi seberat 2.4 kilogram itu dibalut dengan kain putih sebelum diletakkan dalam plastik oleh individu yang dipercayai berniat mahu membunuhnya. Saksi kejadian, Tan Swee Kong, 50-an, yang juga Pengerusi Rukun Tetangga Bercham berkata, dia mulanya terserempak seekor anjing dewasa menyeret plastik.

Bagaimanapun, katanya, dia yang menyangka plastik itu berisi sampah terkejut apabila terdengar tangisan bayi sebelum menghalau anjing liar berkenaan.

“Saya membuka plastik itu sebelum menemui seorang bayi lelaki yang hanya dibalut kain putih.


“Saya yakin beberapa anjing liar sudah menyeret bungkusan berisi bayi itu dari lokasi lain sebelum ia sampai di hadapan rumah saya berdasarkan kesan darah yang ditemui di jalan,” katanya ketika ditemui di wad kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.


Turut sama melawat bayi itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.

“Orang yang membuang bayi ini lebih hina daripada binatang dan perbuatan ini amat tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Sementara itu, Dr Mah berkata, bayi berkenaan kini berada dalam keadaan stabil walaupun mengalami kesan luka dan sudah menerima rawatan pakar kanak-kanak HRPB.


Kejam kan??? sangat tidak berperikemanusiaan! Nasib baik la baby tu dah stabil. Kalau tak...memang lah. Saya pelik lah..tergamaknya buang bayi yang tidak tahu erti hidup tu lagi kat tepi jalan. Pastu lak..anjing datang gigit-gigit..cakar bayi tu. Sedih sangat. Kalau tidak mahu sekalipun bayi itu, janganlah sekejam ini. Fikirlah cara lain yang tidak membahayakan bayi itu. Wallahualam kita tidak tahu status bayi ini..dibuang atas sebab lahir dari hubungan terlarang atau mungkin terjadi sesuatu peristiwa yang menyebabkan bayi ini jadi macam ni..itu hanya Allah saja yg tahu. Tapi jika benar datang dari hubungan yang di luar perkahwinan, saya marah kerana kenapa masa melakukan perkara tersebut kamu tidak terfikir hal ini? bahawa hubungan itu akan membenihkan hasil? wa..statement aku dah macam kaunselor pastu senang-senang pulak ko buang dia macam tu aje. Berdosa besor weh!

Anak tu sikit pun tak berdosa. Dia berhak diberi peluang untuk hidup sebagaimana kamu dulu. Tak kah terbit rasa belas tatkala kamu mendengar tangisan pertama anak tu? Orang lain sudah berkahwin bertahun-tahun tapi tidak dikurniakan anak, bersyukurlah kamu diberi nikmat menjadi seorang ibu dan jika rasa tidak mampu menjaga bayi itu sekalipun, serahlah pada pihak yang sepatutnya. Macam baru-baru ni saya ada terbaca dalam Berita Harian tentang Pusat perlindungan bayi yang diwujudkan oleh KPJ Ipoh. Tiada cctv diletakkan berhampiran jika kamu tidak mahu dilihat. Beroperasi 24 jam dan kamu boleh datang tengah-tengah malam buta juga jika rasa malu dilihat. Saya tidaklah menggalakkan pembuangan bayi malah menentang keras tapi pada saya Pusat Perlindungan bayi seumpama ini boleh menghalang daripada individu yang tidak bertanggungjawab daripada membuang bayi mereka di tong sampah, tepi jalan dll sehingga menyebabkan bayi itu menjadi makanan binatang. 



 

-semua gambar di atas adalah ihsan Google images-

Cuba tengok gambar-gambar baby kat atas nih, comel tak?? comel kan...rasa nak cium-cium je cubit-cubit pipi tu. Saya sedih lah bila setiap kali terbaca artikel berita kes buang bayi nih. Dunia dah hampir kiamat agaknya bila ibu yang mengandungkan dengan penuh susah payah, melahirkan dengan penuh kesakitan (walaupun kadang-kadang rasa pelik bila terbaca ada yang terbersalin dalam toilet seorang diri tanpa ada yang mengesyaki) senang-senang je campak bayi tu dalam plastik nak buang. Ini manusia weh..bukan nasi basi!

Hmm...fikir-fikir kan lah...wallahualam..

SELAMAT HARI IBU PADA SEMUA IBU-IBU YANG TIDAK MEMBUANG ANAKNYA...




Monday, 30 April 2012

PAJERI TERUNG


Saya ni baru je baik dari demam..memang dalam beberapa minggu nih kesihatan sangat merudum lah hehehe. Pulak tu tambah lagi dengan asal petang je hujan...tapi lately Ipoh cuaca agak panas. Nak masak pun untuk si bukan pakar macam saya ni memang buat apa yang patut aje lah. Asal siap udah. Tak pun lepas abis keje saya pi lah tapau apa yg patut.

Hari ni saya menyelongkar balik folder gambar yg saya belum post lagi resepinya. Supaya blog tidak bersawang...so, akhirnya terjumpa ini. Pajeri terung..sapa suka sila angkat tangan, tapi maaf saya tak nampak pun sapa yg angkat. Ok..org baru baik demam sila jgn buat annoying kat sini ek. 

Resepinya,

Bahan-bahan :

Terung (sukati lah berapa)
2 sudu besar rempah daging
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar udang kering yang ditumbuk
Santan - saya guna santan kotak jek
2 ulas bawang merah -dihiris
1 @ 2 ulas bawang putih -dihiris
1 inci halia -dimayang
2 biji bunga lawang
Sebatang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Minyak untuk menumis
2 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa

Caranya :
  • Terung dipotong...saya suka potong serong tapi panjang. Kulitnya saya tak buang.
  • Campurkan serbuk kari, kerisik dan udang kering. Bancuh dengan sedikit air dan ketepikan dulu.
  • Panaskan minyak utk tumis, dan tumis segala bawang tadi, halia, bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga tadi hingga naik bau.
  • Masukkan rempah kari yang dibancuh tadi dan masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan pula gula dan kacau.
  • Masukkan santan dan kacau hingga mendidih.
  • Masukkan garam secukupnya.
  • Akhir sekali baru masuk terung. Masaklah hingga terung lembut.




Wednesday, 25 April 2012

CARA NAK FILTER EMAIL ANDA

Assalamualaikum...

Hari ni tak der entry masak-masak. Saya nak ajar benda yang dah lama sesetengah org dah buat tapi ada yang masih tak tau lagik. Konon macam terer sesangat la cikgu sorang nih nak buat tutorial. Tak per sharing is caring kan. Kadang-kadang tgk ada member yang tak tau kita tolong bagitau apa salahnya ek???

Sume org saya rasa ada Facebook kan??? bila bukak email uolls mak aih..berlambak la kan email notification dari FB tu. Kalau saya memang rimas lah tgk inbox yang bersepah-sepah tu. Jenuh delete satu satu kan. Jadi, kita boleh filter email tu. Filter ni macam kita buat satu folder khas untuk si pengirim yang tertentu. Ikut suka kitalah nak khas kan pada sapa. Nak filter email dari FB boleh, dari email kekasih hati boleh, email bil dari Maxis boleh...suka hati lah. Caranya gini...saya belajar pun dari google. Terjumpa tutorial dari sini. Tq Viruspadu!. Kot-kot tak paham step saya, leh try versi Jemah pulak.


Gini...

Step 1- Baca Bismillah dulu sebab karang tak jadi naya lak cikgu...(^_^)

Mula-mula log in dulu yahoo mail korang. Kalau email saya paparannya seperti gambo kat atas tu. Then nampak tak folders yang saya bulatkan tu? klik le situ dan buat satu folder namanya FACEBOOK.
 

Pastu lak nampak tak kat bhgn atas tu ada perkataan options ? klik mail options. klik kat situ then jumpa filters kan? klik situ pulak. (ok, boleh pening sekarang sebab banyak word 'klik' hehehe)




Okey, berdasarkan gambar atas nih...bahagian filter name letak le Facebook. Kat bahagian sender, contains tu leh la korang taip @facebookmail.com tapi kat bahagian lain korang kosongkan aje. Pastu kat bahagian 'then deliver the email to the following folder' korang boleh pilih facebook.

Pastu leh la save.

Siap...sila lah tepuk tangan sbb gigih benor saya buat tutorial nih. Tengah demam lak tu! 


Saturday, 21 April 2012

SAPA YANG AKU CALL MLM TADI ????

 
Konon nak letak gambar yang seram-seram sebab entry seram..tapi letak gambar si Casper ni sebab tak nak akhirnya tertakutkan diri sendiri pulak hahaha...Gambar adalah ihsan Google!

Cer citer sikit...

Gini..mlm tadi kami satu family baru balik dari Penang urusan pelbagai..hahaha..saya ni alkisahnya amik cuti rehat lah dgn anak-anak pun idak sekolah lah jawabnya semalam. Tapi di Perak hari nih ada sekolah ganti. Jadi gegas-gegas lah kami balik umah sampai umah dari Penang pukul 12 mlm gitu. Masa angkut-angkut beg masuk umah tu si kakak yg namanya Ecah tu minta saya tipon kawan saya yg anaknya satu sekolah dgn dia nak kan kepastian bahawa esok sekolah dia tiada sekolah ganti. Eh, paham tak nih? saya pun tak paham apa yg saya citer nih..hahaha. Padahal saya dah cuba dari semalam menyakinkan dia sekolah dia ada sekolah ganti Sabtu ni. Tak caya juga..jadi menebalkan diri jugalah saya mengganggu tido kawan saya tu tgh-tgh malam semata-mata nak tanya esok anak dia sekolah tak.

Saya : Hello kak, (eh, ko lupa bagi salam ek??kurengg betul!) Maafle kaco tgh2 mlm nih. Nak tanya esok SK **** (gigih tak nak bagitau nama sekolah anak takut org kidnap hahahah) ada sekolah ganti tak? (padahal sahih ada..saja nak bagi Ecah percaya).

Kak Mila : Ha'ah ada. Sama le macam kita. Tak tido lagi ke ni?

Saya : Kami baru je sampai kak..baru je masuk umah nih. Tu le si Aisyah ni nak confirm kan. 

Kak Mila : Huish, lewatnya sampai...esok sekolah..

Saya : Ha'ah..ok lah ye kak..sori le kaco pulak.

Kak Mila : Ok..

Gitule diaolog nya lebih kurang..

So, pagi nih masa breakfast..saya sembang-sembang balik dgn Kak Mila. Sebab pagi tadi dalam pukul 6am saya call lagi dia sbb nak tanya kerja sekolah si anak tu. Takut ada yang tertinggal. Jadi tergelak-gelak lah kami dalam keadaan misteri sebab mati-matian Kak Mila kata dia tak terima phone call dari saya mlm tadi. Yang saya pun bermati-matian cakap saya ada call dia. Last-last check log call in kat phone Kak Mila memang tak ado call masuk dari saya mlm tadi..yang ada tertera cuma yang pagi tadi pukul 6am tu aje. Kak Mila lak cakap memang dia tido awal mlm tadi. Seingat dia tak ada lak dia menjawab call sesapa. 

Huhuhu..dgn sapa saya bersembang semalam??? Ke Kak Mila tgh mimpi-mimpi sambil jawab phone saya menyebabkan memory tu tak disimpan dalam kotak ingatan dia??? Ok..sila jangan biarkan hidup anda diselebungi misteri ye..hahaha..maybe sbb saya tipon main sergah aje haram nak bagi salam kot..hahaha. 



 

Thursday, 12 April 2012

AYAM MASAK KICAP NANAS ALA CHEF WAN

Hari tu lunch kat umah mak saya. Then dijamu dengan masak kicap nih. Mak siap mention lagi "ni resepi Chef Wan tau" wah....nak try buat kat umah lah. Meh sini resepi! cewah...

Mula-mula...

 

Jeng jeng jeng...

Resepi ni kerat dari Harian Metro (Rabu, 4 April 2012)

Okeh..ni resepinya ye..

12 ketul ayam (dipotong kecil)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar air asam jawa
minyak masak
85 gram kismis
1/3 cawan kicap
 1 sudu besar sos tiram
1 cawan air
1 biji lada benggala hijau
 daun pandan
1/2 biji nanas (dipotong dadu)
sedikit daun ketumbar (dihiris)
* pes pedas :
15 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas

Cara-caranya :

  • Perap ayam seketika dgn sedikit sos tiram, kunyit dan garam
  • Goreng seperuh masak
  • Panaskan minyak, tumis pes pedas* tadi hingga naik bau
  • Masukkan lada benggala dan nanas, masak seketika
  • Masukkan kicap, sos tiram serta garam, gaulkan
  • Masukkan kismis untuk menambah rasa
  • Masukkan air, air asam jawa serta garam, biarkan hingga mendidih seketika
  • Masukkan ayam yang sudah digoreng dan biar seketika
  • Boleh hidang.
Ni versi saya lunch semalam...

 
-apasal Chef Wan masak lagi cantik hasilnya??? huhuhu-





 




 


Wednesday, 11 April 2012

BINGKA LABU

Assalamualaikum...

Petang tadi masa tengah syok-syok masak bingka/bengkang labu ni sambil dikacau 2 org permata hati saya nih, tetiba mak saya sms cakap umah dia rasa bergegar tadi. Saya risau juga sebab umah mak ayah saya tu dekat tapak lombong. Tapi risau-risau pun tangan tu dok guna whisk lagi kacau adunan bingka tu. Tup-tup dapat sms dari adik lak mengatakan Acheh baru dilanda gempa bumi dan amaran tsunami diumumkan. Innalillah...kuasa Allah tak ada siapa yang dapat menghalangnya. Saya berdoa mudah-mudahan kita semua dilindungi-NYA. Pastu cepat-cepat bagitau teman2 rapat yang tinggal dekat dengan laut..supaya hati-hati je la.

Resepi bingka labu ni (actually saya biasa panggil bengkang) saya ambil dari Kak Ct Delima. Dah dua kali saya buat. Tapi kali ni agak kemalasan nak lenyek labu tu halus-halus hahaha sbb sorang tarik baju sebelah kanan, sorang tarik baju sebelah kiri..(anak-anak le). Time tu lah nak terkencing, nak susu lah..saja je.

 

Resepi diambil dari Kak Ct Delima 

 Bahan-bahan: (Untuk acuan bulat berlubang tengah berukuran 35cm)

5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan (boleh juga guna santan kotak) Saya guna susu cair semalam sebab santan dah abis.
200 gm tepung gandum
180 gm gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 gm labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus

Cara-cara

  • Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan. 
  • Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
  • Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Monday, 9 April 2012

BERIADAH DI TAMAN REKREASI GUNUNG LANG IPOH

Assalamualaikum...

Saya anak jati Ipoh. Memang saya lahir, membesar, sekolah, kerja, kahwin, saya lahirkan anak pulak, sekolahkan anak semua kat Ipoh. Tapi adalah selingan dalam hidup saya tu posting di Sabah beberapa tahun kemudian belajar di universiti di negeri lain. Tapi kebanyakannya rencah hidup saya di tanah ini lah..Ipoh!.

Hari ni saya dengan bangganya nak memperkenalkan satu tempat yang mungkin ramai dah tahu terutamanya orang Ipoh sendiri akan satu tempat yang diberi nama Taman Rekreasi Gunung Lang. Dah lama sangat tak buat karangan atau assignment so, ayat pun dah jadi ke laut. Tempat ni memang terkenal di kalangan photographer. Kalau gambar outdoor kahwin tu memang suka sangat lah deme buat kat sini. Sebab ada tasik, berlatar belakangkan gunung batu kapur..landskap pun cantik..nak-nak pulak pengantin pun pandai posing, memang walah la beb!. Tapi zaman saya kahwin dulu tak ada lagi benda-benda cenggini, bergambo la ko depan pelamin atau atas katil pengantin tu.

Pagi semalam untuk kali keberapanya kami sekeluarga menghabiskan pagi hujung minggu kami bersama mak dan ayah saya di sana. Nak tepati janji pada anak-anak yang dok claim nak naik bot kat tasik tu. Sampai pagi sebab tak nak anak-anak kepanasan kat tepi tasik tu. Tapi sayangnya tertangguh dek kerana pemandu bot idak sampai2 lagi. Maka bila matahari dah nak naik la baru kami dapat naik bot..huhuhu. 

Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara Selatan. Gunung Lang berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi yang terdiri daripada hamparan bukit batu kapur dan tasik yang menjadi daya tarikan utama pengunjung dari dalam mahu pun luar negeri. Pembangunan seluas 28 hektar ini melibatkan kerjasama di antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Lanskap Negara pada tahun 1999. Daya tarikan utama taman ini ialah hamparan bukit batu kapur dan tasik yang belum diterokai. Taman Rekreasi ini dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada .

Proses pembangunan baru telah dibuat melalui pembinaan fasa kedua taman tersebut. Pelbagai usaha telah diambil bagi mengindahkan lagi Taman Rekreasi Gunung Lang, di antaranya ialah dengan menggabungkan kecantikan semulajadi serta menerapkan unsur-unsur moden dan tradisional. Di laluan utamanya di sepanjang taman tersebut terdapat pelbagai jenis bunga bougainvilleas yang berwarna-warni. Apa yang menarik, terdapat 85 spesis heliconia yang diimport khas daripada negara luar.

Tumbuh-tumbuhan berbau harum yang terdapat di sini telah memberikan aroma terapi di sepanjang laluan pejalan kaki. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah pengunjung harus menaiki bot mengelilingi tasik bekas tapak lombong tersebut sebelum tiba ke kawasan taman .

Tasiknya pula dipenuhi pelbagai jenis ikan selain daripada haiwan reptilia seperti cicak dan ular. Bukit di taman tersebut dihiasi dengan flora dan fauna semulajadi dan sekali sekala pada waktu petang pengunjung boleh melihat monyet, burung dan sekiranya bernasib baik boleh terserempak dengan burung helang. Apa yang menarik, tumbuhan seperti orkid dan pokok buah-buahan tempatan telah dilabel mengikut nama masing-masing.
Sumber : Majlis Bandaraya Ipoh


Peta ihsan Google


Harga tiket untuk naik bot  macam ni lah...murah je kan??? berbaloi bak kata En. Wan.




Tarikan utama antaranya bagi makan ikan sampai ikan jadi gemuks! Bawalah roti atau makanan ikan jadi boleh buat amal jariah dah. (^_^)


Bot yang membawa kami..tapi ada sebuah aje semalam..jenuh lah pakcik tu mengangkut bertrip2 pegi dan balik.


 View dari jeti pergi ...



Get ready dengan safety jaket...walaupun jarak dari tebing sini ke tebing sana tu dekat aje..tapi harus pentingkan ciri-ciri keselamatan. First time pakaikan Adam dan Fatihah safety jaket ni, jadi diaorg agak excited terlebih.


Nampak tak pelangi tu???? subhanallah...




okey..dah sampai kat tebing sebelah sana..ada apa ye??? Sila lihat gambar-gambar di bawah yang hampir kesemuanya tanpa caption..hahaha penulis dah malas.

 


Sini jeti tebing sebelah sinun..hehehe

 





 



 

 

Masa ni En. Wan dan Alif panjat menara dan tangkap gambar kami dari atas tu.



Ada sangkar (sangkar ke orang panggil??) arnab, burung unta, rusa, ayam dan banyak lagi le..tak larat nak jalan sampai habis. Kena banyak bersenam bagi lain kali kuat kaki dan jantung untuk meronda lagi.




 

 

Tetiba ada rumah tradisonal Perak nih kat tengah2 hutan nih..replika aje..


 


 

Okey, yang ni dah nak balik. Jalan keluar la kiranya..


Best tak? tu le pasal kot tempat ni photographer suka. Pengantin suka. Pengantin lama pun suka.  Tapi ada le beberapa perkara yang saya nak sentuh kat sini kan. Maybe pihak yang bertanggungjawab boleh betulkan nanti. Macam yang saya tengok lah, kayu pelantar kat jeti tu macam dah nak reput dan dinding pelantarnya ada yang rongak. Kalau anak-anak kecik saiz anak-anak saya tu ngam-ngam aje boleh terjatuh dalam tasik tu masa tengok ikan. Diaorang apa tau. Excited terlebih kan..kita lah kena berwaspada pegang atau dukung kuat-kuat supaya selamat. Tapi part kebersihan memang ok sbb masa kami pergi tu pun ada pekerja yang sedang membersihkan kawasan tu. Kalau sesapa belum datang sini lagi..boleh la datang singgah sini. Bawa kamera okeh!.

Next Home